Sebelum Balik Kampung, 
Ibu Ayah Patut Tahu 
Cara Cuci Botol Susu Anak 
Bila Nak Berjalan!


Musim nak dekat raya inilah, ibu kena ambil tahu bab cuci botol susu dengan cara lebih terperinci. Sebab bukan rumah sendiri, jadi kena ready barang-barang yang perlu di bawa. Dah sampai rumah orang, macam-macam yang tak ada nanti!


Ok, ibu... tentu anda pernah cium botol susu yang baunya masam. Bau botol susu ini biasanya disebabkan cara mencuci botol yang kurang tepat. Apalagi botol susu yang diperbuat daripada plastik. Bau susu yang melekat akan menimbulkan bau yang tidak sedap. Jika dibiarkan ini boleh mengganggu kesihatan si kecil.


BARANG PERLU DI BAWA:

1. Berus khas cuci botol susu anak

2. Sabun pencuci botol anak.
3. Tempat keringkan botol.

Nah, ini adalah beberapa tip untuk menghilangkan bau kurang enak pada botol susu...

1. Leraikan botol susu dan rendam dengan air hangat agar bekas susu yang melekat hilang.

2. Gunakan berus botol, gosok perlahan-lahan untuk membuang kotoran yang masih melekat. Berus mulai dari bahagian bibir botol dengan gerakan memutar sehingga bahagian dalam botol. Ini penting, agar susu yang masih melekat dapat dihilangkan semua.

3. Bersihkan puting dengan menggunakan berus yang berbulu lembut. Atau jika perlu ibu perlu buang sisa susu dengan berus gigi yang lembut.
Setelah botol dan puting dibersihkan jangan lupa untuk membersihkan petutup botol. Pastikan petutup botol bersih.

4. Bersihkan botol susu dengan menggunakan sabun pencuci khas untuk bayi (shabear botanical bottle wash) untuk memastikan semua kuman dan kotoran pada botol susu yang melekat dapat dihilangkan.

5. Setelah botol dicuci dengan bersih, didihkan air lalu masukkan botol susu ke dalam air yang mendidih. Biarkan hingga 15 minit.

6. Biarkan botol hingga benar-benar kering. Setelah kering baru simpan dalam tempat khusus. Pastikan ibu memasang kembali botol susu.

Haaa... senang bukan? Cuma itu cara untuk menghilangkan bau busuk pada botol susu. Botol susu yang bersih akan membantu mengurangkan risiko sakit pada si kecil. Semoga informasi ini bermanfaat.

No comments:

Post a Comment